PEMBENTUKAN MALAYSIA
PENGENALAN
Malaysia telah dijajah lebih dari 400 tahun. Bermula daripada Portugis menjajah Melaka (1511-1641), Belanda di Selangor dan Perak (1641-1824), British yang bermula di Pulau Pinang hingga pelusuk Tanah Melayu termasuklah Sabah dan Sarawak (1824-1957) dan juga pernah diduduki oleh Jepun pada Perang Dunia ke-2 (1941-1945). Penjajahan ini telah banyak mengajar penduduk pribumi di Tanah Melayu yang penjajah hanyalah penjajah yang datang hanya untuk mengambil hasil bumi. Meraka juga sedar yang penjajah bukanlah pentadbir yang sesuai untuk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Parlimen British pada 10 Oktober 1945 telah meluluskan sistem pentadbiran baharui untuk Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya (Malayan Union). Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada penduduk-penduduk di Tanah Melayu kerana Raja akan hialng kedaulatannya, Pemberian kewarganegaraan secara jus soli, dan lain-lain. Malayan Union dibubarkan kerana dibantah oleh penduduk di Tanah Melayu dan British telah bersetuju untuk menukarnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu adalah cara untuk penduduk di Tanah Melayu mentadbir dengan sendiri sambil diperihati oleh British pada 31 Ogos 1957.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, pada 27 Mei 19612, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman memberi idea tentang Pembentukan Malaysia.
OBJEKTIF
Pada akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat :
- Mengenal pasti sebab musabab Pembentukan Malaysia,
- Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam proses Pembentukan Malaysia,
- Mendalami proses-proses yang dilalui sebelum Malaysia dibentuk,
- Menjelaskan kenapa Brunei menarik diri dari Pembentukan Malaysia,
- Menjelaskan kenapa dan bagaimana Singapura keluar daripada Malaysia,
- Menjelaskan kenapa Indonesia dan Filipina menentang Pembentukan Malaysia
Latar Belakang Pembentukan Malaysia
- Faktor-faktor pembentukan,
- Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei,
- Reaksi Negara-negara Asean.
Tarikh-Tarikh Penting Sebelum Pembentukan Malaysia Terbentuk
- 1887 - Lord Breasley Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara mencadangakan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disatukan.
- 1930 an - Sir Cecil Clementi (Gabenor Negeri- Negeri Selat dan Pesuruhanjaya Tinggi British) mencadangkan Persekutuan Borneo yang dianggotai oleh Sabah, Sarawak dan Brunei.
- 1947 - Sir Malcolm (Persuruhanjaya Tinggi British) menyuarakan pendapat untuk menyatukan negeri-negeri di Borneo ke dalam satu bentuk persekutuan.
- 1950 an - Konsep Malaysia disuarakan oleh Parti Progresif Singapura.
- Mac 1954- Mohd Ghazali Shafie menyokong konsep Malaysia.
- Feb 1955 - Presiden MCA iaitu Tan Cheng Lock melahirkan sokongan yang sama terhadap Perdana Menteri Singapura supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.
- 21 Feb 1956 - Pengurusi Parti Rakyat Malaysia menyatakan parti itu sedang mengusahakan penubuhan Tanah Air Melayu.
- 27 Mei 1961 - Idea tercetus melalui ucapan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman.
Faktor-Faktor Penubuhan Malaysia
Politik
- Mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura.
- Membanteras ancamam komunis dan mengekalkan keamanan dan kestabilan.
- Mewujudkan keseimbangan kaum dan menjaga kepentingan hak kaum Bumiputera.
Ekonomi
- Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota.
- Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik.
Sosial
- Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya.
- Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
Sabah
- Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) MENENTANG Pembentukan Malaysia.
- Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara turut MENENTANG.
- Lewat tahun 1962 dan awal 1963 sebahagian besar penduduknya berubah fikiran setelah menerima lebih banyak penerangan.
- Pengerusi UNKO yang dahulu MENENTANG kini telah memberi SOKONGAN KUAT dan memujuk masyarakat Kadazan menerima Pembentukan Malaysia.
Sarawak
- Parti Negara Sarawak (PANAS) yang diketuai oleh Temenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party-SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party- SNAP) secara jelas MENENTANG cadangan penggabungan ini.
- Parti yang MENYOKONG cadangan ini ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA).
Singapura
- Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) MENYAMBUT BAIK rancangan Tunku.
- Rancangan ini untuk menyelamatkan PAP daripada ancaman pihak berhaluan kiri.
- Parti Buruh Singapura BERSETUJU dari segi prinsip tetapi menganggapnya sebagai perkara yang sukar untuk dilaksanakan.
- Keadaan semakin keruh apabila pilhan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada bulan April 1961, calon PAP dikalahkan oleh calon Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh.
- Parti Rakyat Singapura (United People's Party -UPP) MENENTANG Gagasan Malaysia yang menyatakan rancangan Tunku sebagai rancangan kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
Brunei
- Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Saifuddin MENYOKONG konsep Malaysia.
- Kebanyakan rakyat Brunei pada peringkat awalnya berminat untuk menyertai gabungan cuma mereka lebih berhasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu.
- PENENTANGAN dari Parti Rakyat Brunei di bawah A.M. Azahari yang berminat terhadap penyatuan Borneo Utara iaitu Brunei, Sabah, dan Sarawak (Kalimantan Utara).
- Mereka juga khuatir Brunei akan kehilangan sebahagian besar kekayaannya.
- A.M Azahari berpendapat Pembentukan Malaysia merupakan cara keraajan British mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.
REAKSI Negara-Negara ASEAN
Indonesia
- Dr. Subandrio menyatakan di dalam akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961 bahawa Indonesia tidak menghalang Penubuhan Malaysia.
- Beberapa bulan kemudian Indonesia menentang.
- Presiden Sukarno mendakwa tujuan Penubuhan Malaysia adalah untuk menyelamatkan getah, timah dan minyaknya untuk penjajah.
- Konfrontasi merebak dan melibatkan tentera Indonesia yang menyerang wilayah di sempadan Sabah dan Sarawak.
- Langkah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British ialah dengan menubuhkan MAPHILINDO.
- Penentangan Indonesia berakhir pada tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan dan diambil alih oleh Jeneral Suharto.
- Ogos 1966 - Menteri Luar Indonesia yang baru Adam Malik menandatangani perjanjian damai dengan Tunku di Malaysia dan mengakhiri konfrontasi.
Filipina
- Presiden Macapagal dan pengawai-pengawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah supaya Sabah dikembalikan kepada mereka.
- Dakwaan mereka Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah Filipina.
- Kerajaan British tidak melayan tuntutan ini malah mengingatkan di dalam memorandum kepada Duta Filipina di London bertarikh 24 Mei 1962, sebarang tuntutan ke atas Sabah akan ditentang oleh kerajaan British.
- Presiden Macapagal membuat kecaman terbuka terhadap penubuhan ini semasa Kongres Filipina pada 28 Januari 1963.
- Hubungan diplomatik antara Persekutuan Tanah Melayu dan Filipina terjejas.
- Tinjauan dan siasatan membuktikan penduduk Sabah sendiri rela hati untuk menyertai Pembentukan Malaysia.
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
- Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
- Suruhanjaya Cobbold
- Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
- Referendum Singapura
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
- Dipengerusikan oleh Donald Stephens
- Dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah terlibat.
- Berfungsi untuk menerangkan konsep pembentukan Malaysia, khususnya kepada penduduk Sabah, Sarawak, dan Brunei.
- Perjumpaan diadakan sebanyak 4 kali.
SURUHANJAYA COBBOLD
- Diketuai oleh Lord Cobbold. Ahli lain Anthony Abell, David Waterson, Dato' Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. serta Ghazali Shafie.
- Bertujuan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak.
- Suruhanjaya ini mendapati 80% penduduk Sabah, Sarawak menyokong pembentukan Malaysia yang kebanyakannnya terdiri daripada kaum Bumiputera.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
- Diketuai oleh Lord Lansdowne. Tun Abdul Razak Hussein, wakil kerajaan British dan wakil dari Sabah, Sarawak, dan Singapura.
- Membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.
- Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, Bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.
Referendum Singapura
- Untuk meninjau pendapat penduduk Singapura.
- Laporan ini mendapati 71% penduduk Singapura menyokong pembentukan Malaysia melalui pilihan 'A', mereka bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Malaysia melalui 'Kertas Putih'.
Isu Brunei dan Singapura
Brunei
- Walaupun pada peringkat awal Sultan Brunei bersetuju dengan Pembentukan Malaysia, namun akhirnya baginda telah memeranjatkan semua pihak apabila membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia.
- Perkara ini berlaku kerana permintaan Brunei tidak dipersetujui dan tidak dipatuhi oleh pemerintah Tanah Melayu.
- Antaranya adalah; menuntut 10 buah kerusi parlimen, menguasai hasil minyak, mengekalkan cukai yg rendah, dan mengekalkan pelaburannya.
- A.M Azahari mengetuai Parti Rakyat Brunei untuk memaksa kerajaan Brunei untuk membatalkan rancangan untuk menyertai Pembentukan Malaysia.
- Tunku Abdul Rahmat berpendapat kemasukan Brunei akan menimbulkan pelbagai masalah politik.
- Penyertaan Brunei ke dalam Malaysia dibatalkan.
Singapura
Sebelum Pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan walaupun Singapura bersetuju menyertai Malaysia, namun hal yang terkandung dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama rakyat Singapura. Ini untuk memastikan rakyatnya tetap mendapat keselesaan walaupun selepas penggabungan.
23 Ogos 1961 - Mesyuarat rasmi telah diadakan antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu dan mereka mencapai persetujuan atas beberap perkara dan ianya di panggil sebagai 'Kertas Putih'.
'Kertas Putih' - Menyatakan aspek pertahanan , hubungan luar, dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan. Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah bidang kuasa Singapura.
November 1961 - 'Kertas Putih' diisytiharkan secara rasmi dan ditetapkan 15 orang perwakilan dari Singapura ke dalam dewan rakyat.
Setelah 2 tahun berada di dalam Malaysia, hubungan Singapura dan Tanah Melayu menjadi tegang, Banyak perselisihan faham telah berlaku antaranya ekonomi, parti dan perkauman.
Ekonomi
- Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah sepakat untuk memajukan sektor perindustrian dan perkilangan bersama.
- Barang yang dihasilkan akan digunakan di dalam negeri bukan untuk di eksport ke luar negara.
- Keuntungan akan dikongsi bersama namun apabila Malaysia ditubuhkan, tidak banyak kemajuan ekonomi yang dicapai dan hal ini mengecewakan Singapura.
Parti dan Perkauman
- Parti Tindakan Rakyat cuba hendak bertanding dengan Parti Perikatan.
- PAP cuba menarik perhatian orang cina bahawa MCA tidak mampu membangun dan memajukan orang cina.
- Kempen telah dijalankan oleh PAP sehinnga pergerakannya dianggap satu pencerobohan buat orang Melayu.
- Mencetuskan rusuhan 21 JULAI 1964. Keadaan bertambah buruk apabila Singapura memperjuangkan hak dan kempen 'Malaysia Untuk Malaysia' yang dipimpim oleh Lee kuan Yew.
- Untuk mencapai cita-cita ini, Singapura membentuk 'United Opposition Front' yang kuat memperjuankan 'Malaysia Untuk Orang Malaysia'.
- Pelbagai usaha telah diusahakan untuk meredakan keadaan tetapi tidak berjaya. akhirnya pada Ogos1965, Singapura mengambil keputusan untuk keluar daripada Malaysia.
Kesimpulan
Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan menubuhkan Persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei, dan Singapura digagaskan akhirnya berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa Brunei. Namun Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia setelah 2 tahun dibawahnya. Penubuhan Malaysia sesungguhnya telah memberikan faedah kepada Tanah Melayu, Sabah , dan Sarawak, sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.
No comments:
Post a Comment